Home / Article / SEDEKAH : BERBUAT BAIK, NESCAYA KEBAIKKAN ITU AKAN KEMBALI PADAMU

SEDEKAH : BERBUAT BAIK, NESCAYA KEBAIKKAN ITU AKAN KEMBALI PADAMU

Ramai orang memahami bahawa kebaikan sedekah itu memberi keberkatan & melipat kali gandakan ganjaran untuk kita. Seperti mana yang disebut dalam Al – quran :

مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً ۚ وَاللَّهُ يَقْبِضُ وَيَبْسُطُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

Barangsiapa meminjami Allah dengan pinjaman yang baik maka Allah melipatgandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan. ( Al Baqarah : 110)

Nabi juga menyebut di dalam hadith bahawa tiada kerugian pada seseorang itu walaupun dia mengeluarkan harta untuk bersedekah

hadith baginda :

ما نقص مال من صدقة

“tidak akan berkurang harta seseorang itu dengan bersedekah”

Ibnu hajar juga ada menyebut, mahfumnya :

“ Para cendiakawan memahami bahawa harta yang dikeluarkan oleh seseorang itu tidak akan menyebabkan kecacatan atau kerosakan kepada seseorang, bahkan ia akan menghasil sesuatu pengembangan. Oleh demikian, diberi nama zakat kerana harta itu berkembang dan akan menghasilkan keberkatan kepada harta tersebut.”

Namun begitu, konteks keberkatan ini boleh dikembangkan lagi maksudnya bukan sekadar kepada bergandanya harta atau diberi kecukupan harta tersebut. Tetapi mungkin boleh diluaskan lagi maksudnya, kepada diberi kebahagian, dipermudahkan urusan dan bentuk – bentuk kesenangan lain dalam kehidupan.

Sebab itu, beberapa kajian barat menunjukkan bahawa bersedekah itu boleh membantu kesihatan mental seperti mengurangkan stress dan anxiety. Penyataan ini telah dibuat oleh persatuan Action Mental Health yang berpusat di Northen Ireland.

Kajian yang telah dibuat oleh Profesor di Harvard University bernama Michael Norton juga merungkai bahawa memberi bantuan kepada orang lain boleh menambah kegembiraan dalam diri berbanding membelanjakan untuk diri sendiri.

Jadi, kita melihat kelebihan bersedekah ini memberi manfaat yang banyak bukan sahaja kepada penerima, tetapi kepada pemberi itu sendiri.

namun, paling penting, amalan bersedekah ini akan hanya diterima sekiranya perbuatan ini kita niatkan semata – mata untuk mendapatkan redha Allah Taala.

وَمَثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَٰلَهُمُ ٱبْتِغَآءَ مَرْضَاتِ ٱللَّهِ وَتَثْبِيتًا مِّنْ أَنفُسِهِمْ كَمَثَلِ جَنَّةٍۭ بِرَبْوَةٍ أَصَابَهَا وَابِلٌ فَـَٔاتَتْ أُكُلَهَا ضِعْفَيْنِ فَإِن لَّمْ يُصِبْهَا وَابِلٌ فَطَلٌّ ۗ وَٱللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya karena mencari keridhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat. (265)

Tags:

Share:

A Wish Is Hope. Will You Help?

Hundreds of trusted charities receive their international donations through Insaf Insani. Donors can give by bank transfer to our account number.

5622 6350 9786

YAYASAN PERSAHABATAN AL-INSANIAH SEJAGAT

ms_MYMS
Scroll to Top

Bringing back sanity towards humanity through the thoughts and activities of an ideal civilization.

Reach us

You can find us at

Get in touch with us