Masjid adalah tempat suci di mana pembangunan peribadi dan rohani berlaku. Masjid juga berfungsi sebagai pusat komuniti dan tempat belajar. Di sinilah orang ramai bersatu dalam ibadat, tempat lelaki dan wanita datang untuk mendapatkan ketenangan dan sokongan, dan tempat kanak-kanak belajar membaca. Masjid adalah pusat mana-mana komuniti di mana orang ramai boleh berjemaah untuk solat lima waktu dan khutbah berjemaah Jumaat. Masjid berfungsi sebagai tempat umat Islam boleh berkumpul bukan sahaja untuk solat, tetapi untuk maklumat, pendidikan dan pertemuan.
Terdapat tempat yang kurang bernasib baik iaitu di Nigeria, Afrika yang memerlukan masjid untuk komuniti muslim membangunkan jati diri, masyarakat dan agama.
Insaf Insani bekerjasama dengan Aman Palestin akan membina sebuah masjid di Nigeria, Afrika berbentuk Masjid Qubah As-Sakhra untuk kegunaan masyarakat Islam disana.
Jumlah yang diperlukan ialah RM60,000 untuk membina masjid yang berkeluasan 100 meter persegi ini. Harga untuk setiap 1 meter persegi ialah RM600.
Ayuh membantu masyarakat muslim luar bandar di Nigeria yang sebahagiannya muallaf baru memeluk Islam yang memerlukan masjid sebagai pusat aktiviti pendidikan, kerohanian dan dakwah masyarakat seharian. Jom sahut seruan baginda dalam sebuah hadis iaitu,
Rebutlah peluang bulan Ramadan kali ini untuk berkongsi kebahagiaan dan kegembiraan bersama saudara-saudara kita umat Islam di bumi Afrika. Bersama-sama kami di Insaf Insani dan Aman Palestin, kita bantu mereka yang tidak bernasib baik mendapatkan kehidupan yang lebih berkualiti. Sumbangan anda begitu berharga demi kemuliaan nilai keinsanan. Bulan Ramadan, bulan insaniah & keinsanan!