Home / Article / Memahami Konsep Infaq Jariah

Memahami Konsep Infaq Jariah

Konsep infak jariah adalah konsep yang sangat digemari oleh ramai masyarakat Malaysia kerana mereka memahami bahawa amalan ini adalah sesuatu yang menguntungkan. Tetapi, bagaimana konsep ini boleh menguntungkan seseorang muslim?

Infaq Jariah ini di sebut di dalam hadith yang sangat popular 

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ ‏

Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.” 

Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880)

Imam Nawawi dalam menjelaskan hadith ini menyebut: Ulama berkata, makna hadith ini adalah bahawa amalan si mati akan terputus dengan sebab kematiannya dan terputus juga pembaharuan pahala baginya kecuali dengan tiga amalan ini. Ini kerana ia menjadi penyebabnya. Anak yang soleh daripada usahanya. Manakala ilmu yang ditinggalkannya adalah dengan sebab pengajaran atau karangannya. Begitu juga sedekah jariyah iaitu wakaf.

Dalam hadith ini juga terdapat galakan supaya berkahwin untuk mendapat anak yang soleh. Pada hadis ini juga menunjukkan sahnya asal wakaf dan besar pahalanya. Di samping itu, diterangkan kelebihan ilmu serta galakan untuk memperbanyakkannnya. Begitu juga menggalakkan untuk mewariskan ilmu dengan cara pengajaran dan karya serta penerangan. (Lihat al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim ibn al-Hajjaj, 11/85)

Al-Khatib al-Syarbini berkata: Ulama telah mentafsirkan perkataan ‘sedekah jariah’ dalam hadis yang tersebut di atas itu dengan maksud wakaf, seperti mana kata Imam al-Rafi’i. Hal ini kerana pahala sedekah jariah terus menerus mengalir kepada orang yang melakukannya, sedangkan sedekah yang lain, pahalanya tidak berterusan mengalir sepertimana sedekah amal jariah atau wakaf. (Lihat Mughni al-Muhtaj, 10/87).

Maka ulama’ menyimpulkan bahawa infak jariah adalah amalan yang akan membuahkan hasil pahala kepada penginfak walaupun setelah dia meninggal dunia seperti amalan wakaf.

Analogi mudah untuk konsep ini adalah apabila seseorang menginfakkan duitnya kepada pembinaan sebuah masjid dan kemudian masjid itu digunakan oleh orang ramai untuk beribadah, melakukan aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya. Maka selagi mana masjid itu digunakan orang ramai, penginfak itu akan terus mendapat pahala walaupun setelah dia meninggal dunia. Dan pahala yang mengalir inilah yang akan menjadi pemberat mizan kepada penginfak tersebut di akhirat kelak.

BEZA INFAK JARIAH DAN SEDEKAH LAIN.

Infak Jariah biasanya adalah sesuatu perkara yang berkonsep kekal seperti menyumbang untuk pembinaan masjid, membantu dalam pembinaan telaga, dan menanam pokok untuk orang mengambil manfaat daripadanya.

Seperti di dalam hadith : 

فعن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال : ( إِنَّ مِمَّا يَلْحَقُ الْمُؤْمِنَ مِنْ عَمَلِهِ وَحَسَنَاتِهِ بَعْدَ مَوْتِهِ : عِلْمًا عَلَّمَهُ وَنَشَرَهُ ، وَوَلَدًا صَالِحًا تَرَكَهُ ، وَمُصْحَفًا وَرَّثَهُ ، أَوْ مَسْجِدًا بَنَاهُ ، أَوْ بَيْتًا لِابْنِ السَّبِيلِ بَنَاهُ ، أَوْ نَهْرًا أَجْرَاهُ ، أَوْ صَدَقَةً أَخْرَجَهَا مِنْ مَالِهِ فِي صِحَّتِهِ وَحَيَاتِهِ يَلْحَقُهُ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهِ

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, baginda bersabda: Sesungguhnya antara perkara yang akan mengikut orang-orang mukmin dari segi amalan dan kebajikannya sesudah mati antaranya Ilmu (berguna) yang diajar dan disebarkan, atau anak yang soleh yang ditinggalkan (memohon istighfar dan berdoa untuknya), atau Mushaf al-Quran yang diwariskan, atau masjid yang ia bina, atau rumah yang ia bina untuk ibnu sabil (musafir yang terputus bekalan dalam perjalanan), atau sungai yang ia alirkan (untuk orang lain), atau sedekah yang ia keluarkan dari harta miliknya pada masa ia sihat dan masa hidupnya, semuanya akan mengiringinya setelah dia meninggal dunia.

Adapun sedekah lain sepeti memberi makan kepada fakir miskin tidak termasuk dalam kategori infak jariah. Namun amalan infak ini turut akan mendapat pahala di sisi Allah s.w.t.

wallahualam

Sumber rujukan:
https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/3560-bayan-linnas-siri-ke-194-konsep-sedekah-jariah-menjana-kesatuan-ummah

Tags:

Share:

A Wish Is Hope. Will You Help?

Hundreds of trusted charities receive their international donations through Insaf Insani. Donors can give by bank transfer to our account number.

5622 6350 9786

YAYASAN PERSAHABATAN AL-INSANIAH SEJAGAT

en_USEN
Scroll to Top

Bringing back sanity towards humanity through the thoughts and activities of an ideal civilization.

Reach us

You can find us at

Get in touch with us