Infak adalah hasil daripada keimanan. Di dalam al quran, Allah menggambarkan orang yang bertakwa itu, antara cirinya adalah menginfakkan hartanya.
Allah berfirman :
هُدًۭى لِّلْمُتَّقِينَ( ٢) ٱلَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِٱلْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقْنَـٰهُمْ يُنفِقُونَ (٣)
menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa (2) iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.(3)
Dan Allah meletakkan amalan berinfak ini sebaris dengan isu aqidah dan amalan bersolat dalam menggambarkan ciri – ciri orang yang bertakwa
wallahualam