Bagaimana sambutan Hari Raya Aidil Adha rakyat Afrika? Kita di Malaysia sentiasa menanti ketibaan hari raya untuk berkumpul dengan keluarga atau makan juadah tradisi yang enak. Tetapi di Afrika lain ceritanya, mereka dihantui kemiskinan sehingga sukar untuk mendapatkan makanan bernutrisi. Korban anda membantu mereka untuk menikmati kebahagiaan berhari raya seperti kita.
Kenapa perlu melaksanakan korban di Afrika?
Pertama, sukar mendapatkan makanan apatah lagi yang bernutrisi.
Kedua, mereka saudara seagama kita yang tinggal di benua termiskin di dunia.
Ketiga, nama Malaysia harum di seluruh pelusuk Afrika atas keprihatinan dan kedermawanan kita membantu umat Islam di Afrika.
Jadi, ayuh kita beribadah korban bersama kami, Insaf Insani.
Harga haiwan korban seperti berikut:
Chad
• Korban Kambing RM 480/ekor • Korban Lembu RM 350/bahagian
Somalia
• Korban Kambing RM 480/ekor • Korban Lembu RM 350/bahagian
Tanzania
• Korban Kambing RM 480/ekor • Korban Lembu RM 390/bahagian
Ibadah korban tinggi kedudukannya di sisi Islam kerana ia merupakan ibadah sunat muakkad dan sunat kifayah. Sunat muakkad bermaksud ibadah sunat yang sangat digalakkan. Sunat kifayah pula bermaksud suatu ibadah yang jika ditinggalkan oleh seluruh ahli keluarga, dianggap melakukan suatu perkara yang makruh. Sekiranya salah seorang ahli keluarga melaksanakannya, maka terlepaslah hukum makruh ke atas seluruh ahli keluarga.
Ibadah korban menjadikan kita menikmati manisnya berkongsi kebahagiaan. Inilah nilai sebenar sebuah pengorbanan.
Saudara kita umat Islam di Afrika juga menjadi keutamaan untuk mendapat bantuan daging korban dek belenggu kemiskinan yang dahsyat melanda mereka.
” من لم يهتم بأمر مسليمين فليس منهم “
Mafhum hadis: “Barangsiapa yang tidak mengambil peduli urusan muslimin yang lain, mereka bukan di kalangan mereka”
Ayuh kita beribadah korban bersama Insaf Insani di negara-negara Afrika.
Semoga Allah terima amal kebajikan kita, Insha Allah.
Korban Anda.. Kebahagiaan Bersama, Kehidupan Berkualiti, Kemuliaan Insan.