Penyakit katarak adalah perkara biasa di seluruh dunia disebabkan oleh kekurangan zat makanan, pendedahan jangka panjang kepada cahaya yang terik, kecederaan mata, dan penuaan.
Setiap tahun, beribu-ribu bayi yang baru lahir di Afrika Sub-Sahara yang terletaknya Mauritania menjadi buta kerana pakar perubatan kekurangan latihan, bekalan dan peralatan yang mereka perlukan untuk mencegah kebutaan. Wabak bayi buta ini muncul di Sub Sahara Afrika daripada Retinopathy Prematurity. Orang dewasa juga menghidap penyakit karak ini kerana kekurangan zat Vitamin A.
Kenapa kami bantu merawat penyakit katarak di Afrika?
Penyakit katarak mengganggu aktiviti harian seseorang dan menyebabkan mereka terpaksa belajar semula tugas seperti cara mengemudi rumah dan kampung, makan, membasuh diri, menjaga keluarga dan menjalani kehidupan yang memuaskan. Penyakit ini melemahkan seluruh keluarga, kerana apabila seorang ahli keluarga menghidap penyakit ini, mereka sering memerlukan ahli keluarga yang lain untuk membantu mereka melakukan aktiviti harian mereka. Ini seterusnya menyebabkan beberapa ahli keluarga tidak dapat bekerja, seterusnya mengekalkan kemiskinan tegar.
Anda mampu mengubah kehidupan seseorang dengan bantu mereka merawat penyakit katarak terutamanya di Mauritania, Afrika.
Insaf Insani, Kebahagiaan Bersama, Kehidupan Berkualiti, Kemuliaan Insan.