Fakta Pencemaran Air di Afrika
Tahukah anda kematian disebabkan ketiadaan air dan pencemaran air adalah lebih banyak berbanding kematian disebabkan oleh peperangan dan bencana alam? Air yang tidak bersih ialah punca kepada penyakit Kolera, Kepialu (Thyphoid) dan Hepatitis A yang semuanya boleh membawa kepada kematian.
Kadar kemiskinan yang tinggi di negara-negara Sub-sahara Afrika menyebabkan akses kepada bekalan air bersih menjadi terhad. Masalah ekonomi dan konflik kerajaan adalah faktor lain rakyat sub-sahara Afrika sukar untuk mendapat bekalan air. Ketiadaan air bersih menyumbang kepada kualiti hidup yang rendah, pelbagai masalah kesihatan dan permasalahan sosial seperti kurang motivasi mendapatkan pendidikan seterusnya menyebabkan
masalah pengangguran.
Impak Sasaran Kami
Bayangkan penduduk pedalaman di Afrika perlu berjalan kaki jauh untuk mendapatkan bekalan air. Kerana kesusahan yang mereka perlu hadapi, banyak pelajar-pelajar yang ketinggalan pelajaran. Seorang ibu atau ayah yang susah untuk bekerja menjana ekonomi keluarga.
Dengan wakaf telaga air yang kita sasarkan iaitu sebanyak 200 buah telaga, kita akan dapat bekalkan air yang bersih kepada 60,000 penduduk Afrika, sekaligus dapat memberikan kualiti hidup dan kesihatan pada mereka.
Ayuh berwakaf membina telaga air di Afrika dan pahala anda akan mengalir selama air mengalir dan digunakan oleh rakyat Afrika.
Insaf Insani, Kebahagiaan Bersama, Kehidupan Berkualiti, Kemuliaan Insan.